Thursday 16 May 2013

Sesuatu yg sering terlepas


Apa yang korang fikir apabila melihat gambar ini?? kasihan, sedih, marah, atau 'nothing feeling inside"???
Inilah buruh paling muda, buruh kanak-kanak. kecik-kecik sudah bekerja, demi mencari sesuap makanan, yang belum tentu mengenyangkan diri sendiri, apatah lagi keluarga. Bila melihat situasi ini, betapa beruntungnya kanak-kanak sekarang. Makanan sedap bersuap, dihidang dengan tablet dan samsung note di tangan, pakaian elok2, pendidikan diberi percuma.Sedangkan kanak-kanak tersebut mungkin tidak mengetahui ABC langsung. Dan mungkin juga kanak-kanak ini menjadi mangsa pemerdagangan manusia. Intipatinya di sini, jangan terlalu memanjakan anak-anak anda dengan kebendaan dan keduniaan, sehingga besar menjadi rapuh dengan pemngetahuan agama dan akhlak yang kosong. Bentuklah keluarga anda dari mula sebelum perkahwinan. Sukar merubah apabila hendak melentur rebung yang sudah dewasa, jadi bermulalah dari permulaannnya tumbuhnya. InsyaAllah!

Saturday 20 April 2013

Satu



Jauh langkahku, makin jauh aku meninggalkanMu,
Itu dosaku, kerana selalu tidak teguh padaMu,
Apa dayaku, hati yang rapuh bak dedaunan yang layu..

Maafkanlah, kerana keterlupaanku
Ampunilah, kerana keangkuhanku
Kasihanilah, kerana  kesilapanku

Yang cuma,
Aku hanya seorang hambaMu,
Yang selalu,
pabila jauh, mudah melupakan,
Yang akan,
pabila dekat, ketika kesusahan,
Yang sentiasa,
pengampunan diucapi , kesilapan berterusan, 
Yang pasti,
Terus ku tagih hidayah dan redhaMu

Ampunilah, maafkanlah, kasihanilah,
Khilaf, dosa dan kesilapan,
Dalam kegelapan, kesukaran dan  kelelahan,
Tetapku bersujud dalam pengharapan.
Dalam hina dan kerendahan,
Ku ingin syurgaMU yang dijanjikan.

Cetusan, Noorseri Fadila.

Sabar Kunci Penghapus Kekecewaan

Ahad (21 April 2013)

"Kenapa menangis, sahabat? Bersedihkah kamu, terlukakah kamu, kecewakah kamu? Menangislah. menangislah sepuas-puas hatimu jika ia mampu melepaskan resah di dadamu. Curahkanlah air matamu dan mengadulah pada kekasihMU."

Selalu kita diuji dengan kekecewaan dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan jalan cerita yang pelbagai. KECEWA, semua kita pernah merasai perasaan ini. Kecewa kerana mendapat keputusan yang kurang memuaskan dalam peperiksaan, kecewa ditinggalkan oleh orang tersayang, kecewa tidak mendapat pekerjaan, kecewa gagal temuduga, kecewa kehilangan ahli keluarga. Pelbagai tahap kecewa yang telah melanda. Sama ada disebabkan kegagalan diri sendiri atau sedih diperlakukan oleh insan sekeliling.

Kecewa adalah salah satu daripada ujian Allah. Setiap ujian yang datang diberikan penilaian. Setiap ujian yang datang kepada kita adalah hikmah, dan bagi kita sebagai orang Islam, ujian adalah kekuatan untuk berjaya, bukan menjadi gagal atau lemah. Seperti kita menduduki ujian peperiksaan, ujian yang diberikan bertujuan untuk mencapai tahap kejayaan kita, bukan menjadi kayu ukur kelemahan kita. Semasa menghadapi ujian, kita perlulah mempersiapkan diri dengan ilmu dan mental yang tinggi. Tidak dilupakan dengan doa dan tawakal berterusan kepada Allah SWT. Barulah ujian yang dihadapi mampu diharungi.

Kunci utama kekecewaan adalah kesabaran. Sabar. Sabar adalah jalan yang paling manis adalah menghadapi kekecewaan. Setiap yang bersabar itu adalah orang yang hebat. Kerana, apabila kita bersabar, kita berani mendepani masalah dengan tenang, berfikir secara matang dan menyerahkan segala penyelesaian kepada Allah SWT. Jangan mudah berfikir singkat semasa menghadapi masalah. Ramai pihak yang mengambil jalan dengan sengaja membebankan diri mereka dengan masalah terutama hati dan emosi masing-masing. Sebaliknya, mengadulah pada Allah, InsyaAllah hidayah dan ilham akan hadir jua.

Semua pernah kecewa, tapi ingat, kita ada Tuhan. Tuhan itu ada sentiasa untuk kita. Ingat, tidak semua kecewa itu negatif, ada kecewa yang positif. Contohnya gagal dalam peperiksaan, kekecewaan itu sebenarnya galakan untuk kita semakin kuat berusaha untuk percubaan seterusnya. Kecewa yang negatif ialah apabila kita asyik menyalahkan takdir. Oleh itu, kekecewaan bukan kunci utama pengakhiran hidup. Sebaliknya, jadikan kesabaran sebagai tunjang utama penghapus segala kekecewaan. dan kadang-kadang, hanya masa yang boleh mengubat kekecewaan, jangan terlalu memikirkannya hingan menyakitkan diri. Fokus untuk hari-hari yang mendatang. OPTIMIS.

OPTIMIS ^_^


Halangan ke arah perubahan

Apabila kita ingin melakukan perubahan ke arah kebaikan, pasti banyak halangan yang akan tiba. Halangan-halangan tersebut menguji sejauh mana kita tetap teguh dan istiqamah dalam mencapai hijarah yang abadi. Lumrah manusia, setiap kesilapan pasti sentiasa berulang. Di situlah letaknya betapa besar dan kuatkah kekuatan istiqamah kita. Kadang-kadang kita tertarik untuk menyukai seseorang, sejauh manakah kita mengawal nafsu tersebut agar tidak menyukai atau mencintai lebih dari cinta Allah. Kadang kita diuji dengan wang, membeli perkara yang tidak mendatangkan manfaat, hanya untuk penonjolan gaya sahaja. walaupun pada masa tersebut, kita telah kehabisan wang. Nafsu sungguh besar pengaruhnya. Di sinilah letaknya kekuatan kita untuk menanamkan mindset agar tidak mengutamakan perkara-perkara yang lagha. Cinta manusia melalaikan manusia kerana nikmat dosa sememangnya menyeronokkan. Tiada cinta yang suci selain mencintai Tuhanmu, Agamamu dan Rasulmu. Tiada manusia yang mati sebab cinta manusia. Yang mati itu hanya kerana diperbodohkan oleh nafsu semata-mata. Bila akal tidak mampu menguasai kewarasan, nafsu mengawal dengan kehancuran. Ingatlah keutamaan dan akauntabiliti lain yang lebih penting dalam hidup. Agamamu, keluargamu, Sahabatmu dan Umatmu. Bertegaslah dan berpegang teguh pada pendirian untuk mencapai kebahagiaan dunia dan kekekalan akhirat yang abadi. Jangan umpama lalang, sekali terbang, terus hilang. Tangkis segala halangan dengan iman. Jangan mudah terpedaya pada ujian godaan nafsu yang membawa kita kembali ke arah kejahilan.

Sejauh mana pertahananmu

Segala masalah ada jalan penyelesaian. Masalah yang rumit boleh dihalusi jika menggunakan pendekatan berlembut dan sentiasa bersabar. Hati yang keras mampu dilenturkan dengan doa dan usaha. Jangan mudah mengalah pada dugaan yang pertama, tapi sebaliknya berusahalah mencapai dengan cara yang bijak selagi tidak membatasi had. Apabila kita tidak kuat mempertahankan apa yang kita inginkan, kenapa kita perlu lemah dengan melepaskan semudahnya. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Selagi kita mampu, selagi itu kita diuji. Disitulah letaknya sejauh mana kekuatan kita berusaha untuk mencapai impian tersebut. Apa yang dicari adalah kesabaran, bukan kelemahan dalam menghadapi ujian. Tetap meyakini bahawa kesabaran dan keteguhan mampu merungkai benteng yang dicipta dengan sentiasa meminta padaNya. Dia pasti membantu umatNya. Bersabarlah wahai jiwa-jiwa yang merindukan rahmat dan hidayahNya.







Impian yang tidak tercapai, berusahalah selagi mampu diulangi, tiada jalan yang senang dan sentiasa ada jalan yang sukar. Berdoalah, berusahalah, berharaplah. Semoga Allah Redha.

Friday 19 April 2013

TanggungJawab

Sabtu (20 April 2013)

Islam telah menetapkan garis-garis panduan yang tersendiri dalam membentuk peribadi umatnya. Oleh sebab itu, telah digariskan perkara-perkara wajib, sunat, harus, makruh dan haram untuk dijadikan pedoman buat kita. Tapi, masih ada lagi yang berani mempersoalkan dan mempermainkan garis-garis panduan yang menjadi tanggungjawab ini bagi memenuhi kehendak tersendiri. Tanggungjawab sebagai seorang hamba yang    beragama Islam dipermainkan sewenangnya. Bila nak rajin je, baru solat, bila nak pergi majlis nikah je, baru pakai tudung, bila pergi menghadiri kematian, baru nak tutup aurat. Boleh ke begitu? Tanggungjawab ini wajib dipikul sampai kita dihisab di padang mahsyar nanti. Jangan beri alasan "belum bersedia". Sampai bila kita nak bersedia? Sampai bila-bila pun kita tidak akan bersedia jika tidak memulakan langkah pertama. Allah SWT mengetahui kemampuan manusia yang diciptaNya. Oleh itu, segala suruhan dan larangan tentulah perkara "mampu dibuat" oleh manusia. Bukan itu sahaja, manusia telah diberikan keringanan jika berlaku kesukaran asalkan tidak mengubah hukum asal. Misalnya, jika sakit  dan tidak boleh berdiri, boleh solat secara duduk atau berbaring. Betapa mudah dan mesranya Islam di hati kita. MasyaAllah. Semuanya bergantung pada diri manusia itu sendiri, iaitu akal dan nafsu. Sama ada kita pilih akal, atau kita hanyut dengan nafsu. 


Seorang alim pernah ditanya,
"Apakah tuan tidak teringin untuk melakukan dosa?"

"Siapa yang tak teringin buat dosa? Boleh bermalas-malas ketika waktu solat sudah tiba, boleh berseronok dengan perempuan yang bukan milik kita, boleh makan tidak kira halal haram asalkan sedap. Semua itu menyeronokkan," jawab orang alim itu.

"Kalau begitu, mengapa tuan menahan diri daripada semua keseronokan tersebut?"

"Perumpamaannya beginilah. Saya pergi ke sebuah restoren ternama, terkenal dan sedap. Nafsu saya meronta-rota hendak makan semua makanan di situ. Ada ikan besar, udang besar, sotong besar, semuanya besar. Tapi, saya tidak mampu nak bayar."

"Maksudnya?"

"Maksudnya, kat ats dunia ni kalau nak, saya boleh saja buat seberapa banyak dosa sesuka hati. Saya boleh saja berseronok  setiap masa selagi dunia belum kiamat. Tapi, saya bimbang saya tak mampu nak bayar harga semua dosa itu di akhirat nanti. Dengan apa saya nak bayar jika tidak ada amalan?"
(petikan : KeranaMU Aku Berubah, Ruhana Zaki)
Renung-renungkanlah..


# Semoga hamba ini sentiasa istiqamah dalam meniti kebangkitan diri yang pernah hilang suatu ketika dulu. Amin Yarabb..

Thursday 18 April 2013

Ke arah Langkah

Jumaat (19 April 2013)

Hendak menjadi baik adakalanya memerlukan pengorbanan. Sama seperti kita berusaha mencapai kejayaan. Tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Tidak mengapa, jika kita berusaha untuk menjadi baik, pasti akhirnya akan mengecapi balasan kebaikan atas apa yang pernah kita lakukan. Cepat atau lambat, hanya Allah SWT yang menentukannya. Hukum Allah SWT itu bersifat adil. Jika niat memilih jalan maksiat, pastinya akan menerima balasan akibat kemaksiatan tersebut. Cepat atau lambat, itu kehendakNYa. Dosa dilakukan disebabkan kejahilan. Oleh itu, kita mesti mengetahui batas syariat yang telah ditetapkan. Buang kejahilan agar Islam dalam diri dapat ditegakkan. Usah memandang kecil atas dosa yang dilakukan tetapi fikirlah kepada siapa kita melakukan dosa. Yakinilah bahawa Allah SWT tidak pernah mensia-siakan setiap kebaikan hambaNya walaupun sedemikian kecil. Usah menilai sesuatu nikmat itu sedikit, tapi lihatlah daripada siapa nikmat itu datang. Moga setiap langkah kita dalam rahmat dan redhaNYa.

OPEN YOUR EYES - MAHER ZAIN

Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us

Or are we so blind
To push it all aside
No

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah)
Guide us every single day
(Allah)
Keep us close to You
Until the end of time

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah)
Guide us every single day..
(Allah)
Keep us close to You
Until the end of time

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah)
Guide us every single day
(Allah)
Keep us close to You
Until the end of time

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah)
Guide us every single day
(Allah)
Keep us close to You
Until the end of time
Allah
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You

http://www.youtube.com/watch?v=AY5LZopqyio

Lagu yang banyak memberi erti pada ku, melaluinya, telah menyentuh naluriku. Betapa Allah SWT, telah memperlihatkan hidayah padaku. Ya Allah, Kekalkanlah apa yang ku rasa ini.

Saturday 13 April 2013

Munajat - Rabbani

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikkanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
Keinsafan... Pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kamanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpinanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan





http://www.youtube.com/watch?v=NGa0A2V0hvY

Friday 12 April 2013

TABIR DUA HATI



Batas antara lelaki dan wanita umpama ' TABIR ' yang memisahkan saf lelaki dan wanita ketika solat berjemaah. Dalam solat pun dipisahkan dengan tabir, inikan pula pergaulan seharian. ' TABIR ' adalah peringatan halus untuk kita sentiasa menjaga pergaulan (al- ikhtilat) terutamanya berkaitan dengan hati. Jika masing-masing mempunyai perasaan di dalam hati melebihi kadar perasaan yang luar biasa, simpankanlah sehingga masa yang sesuai tiba (bukannya dengan bercouple). Serahkan hati hanya pada Allah SWT. InsyaAllah, jodohmu akan sampai biarpun cepat atau lambat.


Terjemahan Firman Allah SWT dalam Surah An- Nur (ayat 26) 

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.



* Ya Allah, hambaMu ini masih lemah dan banyak kekurangannya dari segi amal ibadah terhadapMu. Ampunilah dosa hambaMu ini. Masih belum cukup baik untuk mendapatkan yang terbaik.

Saturday 23 March 2013

Letaknya Cinta dan Minda

sumber : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=515614998473611&set=a.224265794275201.49217.224132780955169&type=1&ref=nf

Cantik kan lukisan di atas, nampak macam unsur atau elemen humor sikit kan. Seorang lelaki yang sedang memikul dua benda iaitu hati/ love (cinta) dan otak (brain). Dalam gambar tersebut, dapat dilihat betapa lelaki tersebut berusaha mengimbangi kedua-dua benda tersebut sama rata.  Well, banyak sangat kritikan yang dapat ditafsir pada gambar ini. belum masuk bab kritikan seni lagi.. DAIJ

Pada pandangan aku, gambar ini membawa  makna-makna tersirat yang ingin disampaikan. yang paling utama ialah kita sebagai manusia perlulah mengimbangi soal cinta dengan sebijak-sewarasnya. Lumrah dunia, dan semuanya akui bahawa kini, manusia dihanyutkan oleh kecintaan kepada dunia yang sangat nyata. Cinta manusia, cinta pangkat, cinta harta, cinta nafsu, cinta makan, cinta kerja dan bermacam-macam lagi cinta. Oleh itu, manusia perlulah bijak mengawal kesemua cinta tersebut dengan sebaik mungkin dan seimbangkannya. jika salah satu memberat, pasti kehidupan manusia itu tidak seimbang, berkemungkinan terkapai-kapai menahan beban, dan berkemungkinan salah satu terus jatuh ke landasan yang salah. Ibaratnya jatuh ke dalam bahagian cinta, manusia terus hanyut dengan keasyikan cinta lalu mengabaikan tanggungjawab dan kewajipannya. Bagi yang beragama Islam pula, tak kisah la hanyut dalam cinta, yang penting jangan hanyut dengan pelbagai jenis cinta tadi, sebaliknya hanyutlah atau lebihkanlah cintamu itu pada Tuhanmu, Allah Subhanahu wa Taala.


Jika masih belum mampu, jangan bercinta dahulu.. Susah payah masa bercinta dan banyak membazir perasaan cinta sahaja. Sebaiknya cintailah Tuhanmu terlebih dahulu.. Perbanyakkan dan lebihkan cintaNya. Apabila dirimu sudah bersedia, barulah meraih cinta manusia.



Jika hadirnya seseorang itu hanya untuk "menghadiahkan" airmata kepadamu,

Sebenarnya, waktu itulah Allah sedang mendidikmu, supaya bersifat SABAR dan REDHA...
 payah dijaga, dan oleh itu, sabarlah dan terimalah dengan penuh hikmah.

Friday 22 March 2013

TAMING SARI V

Looking for something challanger??
This is the right place..




Seperti kebiasaan, setiap sesi semester kedua UKM pastinya disajikan dengan pelbagai  aktiviti dan program-program yang menarik seperti hari keluarga kolej serta majlis makan malam (kolej, fakulti, pusat sukan dan kelab-kelab). Tidak dilupakan festival tahunan yang telah menjadi tradisi 5 tahun kebelakangan ini di UKM iaitu Festival Kejohanan Pencak Silat Terbuka IPT dan Jemputan Antarabangsa TAMING SARI V yang bakal diadakan pada 3 hingga 5 April 2013 tidak lama lagi. Bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak DECTAR UKM, kejohanan ini akan berlangsung selama seminggu sebelum bermulanya cuti mid sem. Pada kejohanan yang lepas, festival anjuran Kelab Pencak Silat UKM ini telah berjaya menarik ramai pasukan menyertainya untuk merebut piala pusingan, keris untuk pesilat terbaik dan pesilat harapan serta sejumlah wang tunai untuk dimenangi. Bagi mereka yang begitu meminati bidang sukan silat ini (tidak kira sama ada pesilat, atlet, mahupun mereka yang meminati bidang seni dan sukan tarung), inilah platform yang sesuai untuk memangkin serta menzahirkan minat serta bakat terpendam/sedia ada anda.

 Bagi mereka yang berjiwa pendekar dan sentiasa ingin mencabar diri, rebutlah peluang menyertai kejohanan ini (berpasukan IPT ataupun Open [terbuka] dengan mendaftar diri dengan pihak urusetia TAMING SARI V. Antara acara yang bakal dipertandingkan ialah silat seni dan silat olahraga. Manakala, bagi peminat dan penyokong sukan ini yang bukan merupakan pesilat atau atlet, anda dialu-alukan untuk memeriahkan lagi kejohanan ini di samping memberi sokongan kepada pasukan kegemaran anda (saya pastinya UKM varsiti tercinta, namun sokongan untuk pasukan-pasukan lain yang menyertainya sentiasa ditiupkan).  terdapat pelbagai pameran dan jualan menanti anda. Tuan, puan, abang, kakak, adik-adik comel, kehadiran anda semua menjadi satu sokongan kepada kelab kami dalam menguatkan lagi semangat untuk mengekalkan citra warisan seni, tradisi dan  pertahanan diri yang merupakan simbol kemegahan Nusantara. Jumpa anda di sana!!!

Silat Seni 

Tunggal (putera/puteri)
Ganda (putera/puteri)
Regu (putera/puteri)

Silat Olahraga

Kelas A (putera/puteri)
Kelab B (putera/puteri)
Kelas C (putera/puteri)
Kelas D (putera/puteri)
Kelas E (putera/puteri)
Kelas F (putera/puteri)
kelas G (putera)
Kelas H (putera)
Kelas I (putera)
Kelas J (putera)
kelas Open (putera)

Maklumat lanjut mengenai kejohanan ini :







Orang bersilat, kita pun nak bersilat, jangan cekelat, terhegeh-hegeh (diri sendiri juga ^_^ )











Ya Allah, andai hatiku telah terpaut pada seseorang,
Jagalah hatiku agar tidak melebihi cintaku padaMU,
juga
Andai, seseorang terpaut padaku,
Berikanlah dia seseorang yang selayaknya memiliki dirinya
iaitu DiriMu Ya Allah.

Aku melihat pada dirinya, bukan parasnya

Aku melihat pada Dirinya, bukan parasnya.

Sama je kan maksud lahiriahnya kan. Dirinya juga merangkumi fizikal, Parasnya juga pastinya ternyata fizikal. Bagaimana caranya untuk aku terangkan kontradiknya. Ya, sepatutnya sebagai seorang muslim dan muslimah, dalam mencari jodoh, perkara utama yang perlu diletakkan adalah agamanya. Lebih-lebih lagi muslimah sepertiku. Jangan terkeliru ya, muslimah untuk maksudnya seorang wanita/ perempuan yang beragama Islam. Tak kiralah dia ustazah, wanita biasa dan yang sangat-sangat biasa, jika beragama Islam, sememangnya tergolong dalam muslimah. Selalu orang terkeliru konsep ni, pakai baju t-shirt labuh terus kata, "eh, dah berubah jadi ustazah ka pakai baju muslimah.. oooh pastinya tidak.. Sewajarnya wanita muslimah memang wajib pakai baju yang menepati KONSEP WANITA ISLAM (peringatan pada diriku yang masih lemah lagi).. Keimanan seorang wanita Islam bukan diukur pada bajunya, dan juga gelaran muslimahnya.. Wanita yang mencapai tahap ini selayaknya dipanggil Mukminah. Seorang wanita Islam yang beriman, solehah dan bertakwa. 

Berbalik pada statement aku pada permulaan tadi. Okey aku higlightkan semula "Aku melihat pada Dirinya, bukan parasnya". Sudah tentu semua tahu kan tujuan dan makna statement tersebut. Pastinya mengenai seseorang. Ya, ini memang menyatakan cara kita melihat seseorang atau pandangan dunia atau lebih kurang seperti weltanschauung http://en.wikipedia.org/wiki/World_view (aku bagi istilah yang saja aku nak matchingkan, bagi gempak sikit dengan istilah linguistik) tak kiralah lelaki atau perempuan. "Aku melihat pada Dirinya, bukan parasnya. Ya, aku menulis disebabkan pandanganku melihat seseorang pada dirinya (most of emosi lah pandangan ini). Kelihatan sama je kan maksudnya dengan paras. Tapi, paras dan diri ini hampir sama, mungkin nisbah 4:6 kot. Namun, dirinya ini merangkumi keseluruhan dirinya (kesatuan). 

Agama : aspek pertama. Sewajarnya sebagai wanita yang ingin mencari jodoh, ini ialah aspek paling penting. Tanpa agama, kita tidak akan dapat berpegang pada landasan hidup yang betul. Oleh itu, kenapa kita harus mencari seseorang yang tidak beragama jika mahu hidup bahagia di dunia dan di akhirat. Tapi, menyedari pada diri yang masih kekurangan, penuh dengan kesilapan masa lalu, banyak yang perlu dilaksanakan. Ingin membawanya bersama ke Jannah, tidak semudah itu. Allah akan membuat tapisan mereka yang berjaya membawa cinta mereka ke Jannah melalui kriteria-kriteria yang ketat. Didatangkan dengan ujian, hendak dapatkan pilihan yang baik, pasti ada jalan berduri yang perlu direntasi. Dalam merentas perjalanan itu, iman, pegangan, ketabahan dan kekuatan mental sangat diperlukan. Barulah MISI bersamanya ke Jannah itu berjaya digapai.

Statement tadi, =_=.. Sebenarnya, kekuatan cinta belum cukup untuk kita merasakan mampu membahagiakan dan membawanya bersama ke syurga. Cinta syurga ialah pengorbanan dari menjadi hamba hawa nafsu, kesetiaan, dan pengabdian dua orang insan untuk bersama mentaaati dan lebih mencintai PenciptaNya. Jika hanya menggunakan formula kesetiaan, pasti banyak cinta yang tercetus seperti cinta monyet, cinta platonik, mainan cinta, gurauan cinta dan ada apanya cinta. Penciptaan kepada pelbagai Fenomena Cinta. Lagi-lagi cinta paras. Paras boleh merangkumi wajah, gaya hidup, cara percakapan, harta benda dan keturunannya. Ya, lebih tepat, ini cinta nafsu dunia. Cinta sebegini tidak akan ke mana.

Berbalik pada statement tadi, aku melihat "Dirinya".. Dirinya ini merangkumi keseluruhan yang ada pada seseorang itu iaitu kesatuannya (agama+iman+mental+akhlak+ilmu+fizikal). Dirinya ini perlu diutamakan dalam pencarian jiwa pada masa kini. Begitu juga dengan pencarian oleh pemilik blog ini, iaitu aku.  Dugaan dalam pencarian tersangatlah menarik dan menyedihkan. Bila difikirkan, siapalah aku selayaknya untuk menggapai Dirinya ini. Sedangkan aku sendiri belum mencapai kesatuan itu. Tapi, aku masih mengharap pada Penciptaku. untuk memberiku peluang menggapainya. Keyakinanku, dengan adanya kesabaran, pengharapan, doa dan amal ibadah yang mengambil masa tertentu, pasti usahaku akan membuahkan hasil. Allah sentiasa Maha Mendengar hambanya yang sentiasa menyerah diri padaNYa. Hal ini membuatkan aku semakin berusaha sedaya upaya mencapai kesatuan itu, untuk mendapatkan Dirinya, YAKIN + SABAR+ USAHA DAN AMAL. Oleh itu, aku tidak boleh melebihkan cintaku pada "Dirinya". Sebaliknya, aku perlu meletakkan cinta teragungku pada Penciptaku yang Maha Kuasa.

Rumusannya, pendefinisian merapu ini sengaja ku tulis, agar sesiapa yang mengetahui dan sama merasai, yang juga menghadapi seperti ini, memahami apa yang kita cari. Carilah Dirinya, bukan parasnya. Aku masih mengharap, pada sebuah pengakhiran yang panjang. Hanya dengan takdir dan redha Allah, segalanya pasti terhijab.

#pandanganku...


PadaMu ku berserah dan bersujud....