Friday 19 April 2013

TanggungJawab

Sabtu (20 April 2013)

Islam telah menetapkan garis-garis panduan yang tersendiri dalam membentuk peribadi umatnya. Oleh sebab itu, telah digariskan perkara-perkara wajib, sunat, harus, makruh dan haram untuk dijadikan pedoman buat kita. Tapi, masih ada lagi yang berani mempersoalkan dan mempermainkan garis-garis panduan yang menjadi tanggungjawab ini bagi memenuhi kehendak tersendiri. Tanggungjawab sebagai seorang hamba yang    beragama Islam dipermainkan sewenangnya. Bila nak rajin je, baru solat, bila nak pergi majlis nikah je, baru pakai tudung, bila pergi menghadiri kematian, baru nak tutup aurat. Boleh ke begitu? Tanggungjawab ini wajib dipikul sampai kita dihisab di padang mahsyar nanti. Jangan beri alasan "belum bersedia". Sampai bila kita nak bersedia? Sampai bila-bila pun kita tidak akan bersedia jika tidak memulakan langkah pertama. Allah SWT mengetahui kemampuan manusia yang diciptaNya. Oleh itu, segala suruhan dan larangan tentulah perkara "mampu dibuat" oleh manusia. Bukan itu sahaja, manusia telah diberikan keringanan jika berlaku kesukaran asalkan tidak mengubah hukum asal. Misalnya, jika sakit  dan tidak boleh berdiri, boleh solat secara duduk atau berbaring. Betapa mudah dan mesranya Islam di hati kita. MasyaAllah. Semuanya bergantung pada diri manusia itu sendiri, iaitu akal dan nafsu. Sama ada kita pilih akal, atau kita hanyut dengan nafsu. 


Seorang alim pernah ditanya,
"Apakah tuan tidak teringin untuk melakukan dosa?"

"Siapa yang tak teringin buat dosa? Boleh bermalas-malas ketika waktu solat sudah tiba, boleh berseronok dengan perempuan yang bukan milik kita, boleh makan tidak kira halal haram asalkan sedap. Semua itu menyeronokkan," jawab orang alim itu.

"Kalau begitu, mengapa tuan menahan diri daripada semua keseronokan tersebut?"

"Perumpamaannya beginilah. Saya pergi ke sebuah restoren ternama, terkenal dan sedap. Nafsu saya meronta-rota hendak makan semua makanan di situ. Ada ikan besar, udang besar, sotong besar, semuanya besar. Tapi, saya tidak mampu nak bayar."

"Maksudnya?"

"Maksudnya, kat ats dunia ni kalau nak, saya boleh saja buat seberapa banyak dosa sesuka hati. Saya boleh saja berseronok  setiap masa selagi dunia belum kiamat. Tapi, saya bimbang saya tak mampu nak bayar harga semua dosa itu di akhirat nanti. Dengan apa saya nak bayar jika tidak ada amalan?"
(petikan : KeranaMU Aku Berubah, Ruhana Zaki)
Renung-renungkanlah..


# Semoga hamba ini sentiasa istiqamah dalam meniti kebangkitan diri yang pernah hilang suatu ketika dulu. Amin Yarabb..

No comments:

Post a Comment