Saturday 23 March 2013

Letaknya Cinta dan Minda

sumber : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=515614998473611&set=a.224265794275201.49217.224132780955169&type=1&ref=nf

Cantik kan lukisan di atas, nampak macam unsur atau elemen humor sikit kan. Seorang lelaki yang sedang memikul dua benda iaitu hati/ love (cinta) dan otak (brain). Dalam gambar tersebut, dapat dilihat betapa lelaki tersebut berusaha mengimbangi kedua-dua benda tersebut sama rata.  Well, banyak sangat kritikan yang dapat ditafsir pada gambar ini. belum masuk bab kritikan seni lagi.. DAIJ

Pada pandangan aku, gambar ini membawa  makna-makna tersirat yang ingin disampaikan. yang paling utama ialah kita sebagai manusia perlulah mengimbangi soal cinta dengan sebijak-sewarasnya. Lumrah dunia, dan semuanya akui bahawa kini, manusia dihanyutkan oleh kecintaan kepada dunia yang sangat nyata. Cinta manusia, cinta pangkat, cinta harta, cinta nafsu, cinta makan, cinta kerja dan bermacam-macam lagi cinta. Oleh itu, manusia perlulah bijak mengawal kesemua cinta tersebut dengan sebaik mungkin dan seimbangkannya. jika salah satu memberat, pasti kehidupan manusia itu tidak seimbang, berkemungkinan terkapai-kapai menahan beban, dan berkemungkinan salah satu terus jatuh ke landasan yang salah. Ibaratnya jatuh ke dalam bahagian cinta, manusia terus hanyut dengan keasyikan cinta lalu mengabaikan tanggungjawab dan kewajipannya. Bagi yang beragama Islam pula, tak kisah la hanyut dalam cinta, yang penting jangan hanyut dengan pelbagai jenis cinta tadi, sebaliknya hanyutlah atau lebihkanlah cintamu itu pada Tuhanmu, Allah Subhanahu wa Taala.


Jika masih belum mampu, jangan bercinta dahulu.. Susah payah masa bercinta dan banyak membazir perasaan cinta sahaja. Sebaiknya cintailah Tuhanmu terlebih dahulu.. Perbanyakkan dan lebihkan cintaNya. Apabila dirimu sudah bersedia, barulah meraih cinta manusia.



Jika hadirnya seseorang itu hanya untuk "menghadiahkan" airmata kepadamu,

Sebenarnya, waktu itulah Allah sedang mendidikmu, supaya bersifat SABAR dan REDHA...
 payah dijaga, dan oleh itu, sabarlah dan terimalah dengan penuh hikmah.

Friday 22 March 2013

TAMING SARI V

Looking for something challanger??
This is the right place..




Seperti kebiasaan, setiap sesi semester kedua UKM pastinya disajikan dengan pelbagai  aktiviti dan program-program yang menarik seperti hari keluarga kolej serta majlis makan malam (kolej, fakulti, pusat sukan dan kelab-kelab). Tidak dilupakan festival tahunan yang telah menjadi tradisi 5 tahun kebelakangan ini di UKM iaitu Festival Kejohanan Pencak Silat Terbuka IPT dan Jemputan Antarabangsa TAMING SARI V yang bakal diadakan pada 3 hingga 5 April 2013 tidak lama lagi. Bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak DECTAR UKM, kejohanan ini akan berlangsung selama seminggu sebelum bermulanya cuti mid sem. Pada kejohanan yang lepas, festival anjuran Kelab Pencak Silat UKM ini telah berjaya menarik ramai pasukan menyertainya untuk merebut piala pusingan, keris untuk pesilat terbaik dan pesilat harapan serta sejumlah wang tunai untuk dimenangi. Bagi mereka yang begitu meminati bidang sukan silat ini (tidak kira sama ada pesilat, atlet, mahupun mereka yang meminati bidang seni dan sukan tarung), inilah platform yang sesuai untuk memangkin serta menzahirkan minat serta bakat terpendam/sedia ada anda.

 Bagi mereka yang berjiwa pendekar dan sentiasa ingin mencabar diri, rebutlah peluang menyertai kejohanan ini (berpasukan IPT ataupun Open [terbuka] dengan mendaftar diri dengan pihak urusetia TAMING SARI V. Antara acara yang bakal dipertandingkan ialah silat seni dan silat olahraga. Manakala, bagi peminat dan penyokong sukan ini yang bukan merupakan pesilat atau atlet, anda dialu-alukan untuk memeriahkan lagi kejohanan ini di samping memberi sokongan kepada pasukan kegemaran anda (saya pastinya UKM varsiti tercinta, namun sokongan untuk pasukan-pasukan lain yang menyertainya sentiasa ditiupkan).  terdapat pelbagai pameran dan jualan menanti anda. Tuan, puan, abang, kakak, adik-adik comel, kehadiran anda semua menjadi satu sokongan kepada kelab kami dalam menguatkan lagi semangat untuk mengekalkan citra warisan seni, tradisi dan  pertahanan diri yang merupakan simbol kemegahan Nusantara. Jumpa anda di sana!!!

Silat Seni 

Tunggal (putera/puteri)
Ganda (putera/puteri)
Regu (putera/puteri)

Silat Olahraga

Kelas A (putera/puteri)
Kelab B (putera/puteri)
Kelas C (putera/puteri)
Kelas D (putera/puteri)
Kelas E (putera/puteri)
Kelas F (putera/puteri)
kelas G (putera)
Kelas H (putera)
Kelas I (putera)
Kelas J (putera)
kelas Open (putera)

Maklumat lanjut mengenai kejohanan ini :







Orang bersilat, kita pun nak bersilat, jangan cekelat, terhegeh-hegeh (diri sendiri juga ^_^ )











Ya Allah, andai hatiku telah terpaut pada seseorang,
Jagalah hatiku agar tidak melebihi cintaku padaMU,
juga
Andai, seseorang terpaut padaku,
Berikanlah dia seseorang yang selayaknya memiliki dirinya
iaitu DiriMu Ya Allah.

Aku melihat pada dirinya, bukan parasnya

Aku melihat pada Dirinya, bukan parasnya.

Sama je kan maksud lahiriahnya kan. Dirinya juga merangkumi fizikal, Parasnya juga pastinya ternyata fizikal. Bagaimana caranya untuk aku terangkan kontradiknya. Ya, sepatutnya sebagai seorang muslim dan muslimah, dalam mencari jodoh, perkara utama yang perlu diletakkan adalah agamanya. Lebih-lebih lagi muslimah sepertiku. Jangan terkeliru ya, muslimah untuk maksudnya seorang wanita/ perempuan yang beragama Islam. Tak kiralah dia ustazah, wanita biasa dan yang sangat-sangat biasa, jika beragama Islam, sememangnya tergolong dalam muslimah. Selalu orang terkeliru konsep ni, pakai baju t-shirt labuh terus kata, "eh, dah berubah jadi ustazah ka pakai baju muslimah.. oooh pastinya tidak.. Sewajarnya wanita muslimah memang wajib pakai baju yang menepati KONSEP WANITA ISLAM (peringatan pada diriku yang masih lemah lagi).. Keimanan seorang wanita Islam bukan diukur pada bajunya, dan juga gelaran muslimahnya.. Wanita yang mencapai tahap ini selayaknya dipanggil Mukminah. Seorang wanita Islam yang beriman, solehah dan bertakwa. 

Berbalik pada statement aku pada permulaan tadi. Okey aku higlightkan semula "Aku melihat pada Dirinya, bukan parasnya". Sudah tentu semua tahu kan tujuan dan makna statement tersebut. Pastinya mengenai seseorang. Ya, ini memang menyatakan cara kita melihat seseorang atau pandangan dunia atau lebih kurang seperti weltanschauung http://en.wikipedia.org/wiki/World_view (aku bagi istilah yang saja aku nak matchingkan, bagi gempak sikit dengan istilah linguistik) tak kiralah lelaki atau perempuan. "Aku melihat pada Dirinya, bukan parasnya. Ya, aku menulis disebabkan pandanganku melihat seseorang pada dirinya (most of emosi lah pandangan ini). Kelihatan sama je kan maksudnya dengan paras. Tapi, paras dan diri ini hampir sama, mungkin nisbah 4:6 kot. Namun, dirinya ini merangkumi keseluruhan dirinya (kesatuan). 

Agama : aspek pertama. Sewajarnya sebagai wanita yang ingin mencari jodoh, ini ialah aspek paling penting. Tanpa agama, kita tidak akan dapat berpegang pada landasan hidup yang betul. Oleh itu, kenapa kita harus mencari seseorang yang tidak beragama jika mahu hidup bahagia di dunia dan di akhirat. Tapi, menyedari pada diri yang masih kekurangan, penuh dengan kesilapan masa lalu, banyak yang perlu dilaksanakan. Ingin membawanya bersama ke Jannah, tidak semudah itu. Allah akan membuat tapisan mereka yang berjaya membawa cinta mereka ke Jannah melalui kriteria-kriteria yang ketat. Didatangkan dengan ujian, hendak dapatkan pilihan yang baik, pasti ada jalan berduri yang perlu direntasi. Dalam merentas perjalanan itu, iman, pegangan, ketabahan dan kekuatan mental sangat diperlukan. Barulah MISI bersamanya ke Jannah itu berjaya digapai.

Statement tadi, =_=.. Sebenarnya, kekuatan cinta belum cukup untuk kita merasakan mampu membahagiakan dan membawanya bersama ke syurga. Cinta syurga ialah pengorbanan dari menjadi hamba hawa nafsu, kesetiaan, dan pengabdian dua orang insan untuk bersama mentaaati dan lebih mencintai PenciptaNya. Jika hanya menggunakan formula kesetiaan, pasti banyak cinta yang tercetus seperti cinta monyet, cinta platonik, mainan cinta, gurauan cinta dan ada apanya cinta. Penciptaan kepada pelbagai Fenomena Cinta. Lagi-lagi cinta paras. Paras boleh merangkumi wajah, gaya hidup, cara percakapan, harta benda dan keturunannya. Ya, lebih tepat, ini cinta nafsu dunia. Cinta sebegini tidak akan ke mana.

Berbalik pada statement tadi, aku melihat "Dirinya".. Dirinya ini merangkumi keseluruhan yang ada pada seseorang itu iaitu kesatuannya (agama+iman+mental+akhlak+ilmu+fizikal). Dirinya ini perlu diutamakan dalam pencarian jiwa pada masa kini. Begitu juga dengan pencarian oleh pemilik blog ini, iaitu aku.  Dugaan dalam pencarian tersangatlah menarik dan menyedihkan. Bila difikirkan, siapalah aku selayaknya untuk menggapai Dirinya ini. Sedangkan aku sendiri belum mencapai kesatuan itu. Tapi, aku masih mengharap pada Penciptaku. untuk memberiku peluang menggapainya. Keyakinanku, dengan adanya kesabaran, pengharapan, doa dan amal ibadah yang mengambil masa tertentu, pasti usahaku akan membuahkan hasil. Allah sentiasa Maha Mendengar hambanya yang sentiasa menyerah diri padaNYa. Hal ini membuatkan aku semakin berusaha sedaya upaya mencapai kesatuan itu, untuk mendapatkan Dirinya, YAKIN + SABAR+ USAHA DAN AMAL. Oleh itu, aku tidak boleh melebihkan cintaku pada "Dirinya". Sebaliknya, aku perlu meletakkan cinta teragungku pada Penciptaku yang Maha Kuasa.

Rumusannya, pendefinisian merapu ini sengaja ku tulis, agar sesiapa yang mengetahui dan sama merasai, yang juga menghadapi seperti ini, memahami apa yang kita cari. Carilah Dirinya, bukan parasnya. Aku masih mengharap, pada sebuah pengakhiran yang panjang. Hanya dengan takdir dan redha Allah, segalanya pasti terhijab.

#pandanganku...


PadaMu ku berserah dan bersujud....