Friday, 22 March 2013

TAMING SARI V

Looking for something challanger??
This is the right place..




Seperti kebiasaan, setiap sesi semester kedua UKM pastinya disajikan dengan pelbagai  aktiviti dan program-program yang menarik seperti hari keluarga kolej serta majlis makan malam (kolej, fakulti, pusat sukan dan kelab-kelab). Tidak dilupakan festival tahunan yang telah menjadi tradisi 5 tahun kebelakangan ini di UKM iaitu Festival Kejohanan Pencak Silat Terbuka IPT dan Jemputan Antarabangsa TAMING SARI V yang bakal diadakan pada 3 hingga 5 April 2013 tidak lama lagi. Bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak DECTAR UKM, kejohanan ini akan berlangsung selama seminggu sebelum bermulanya cuti mid sem. Pada kejohanan yang lepas, festival anjuran Kelab Pencak Silat UKM ini telah berjaya menarik ramai pasukan menyertainya untuk merebut piala pusingan, keris untuk pesilat terbaik dan pesilat harapan serta sejumlah wang tunai untuk dimenangi. Bagi mereka yang begitu meminati bidang sukan silat ini (tidak kira sama ada pesilat, atlet, mahupun mereka yang meminati bidang seni dan sukan tarung), inilah platform yang sesuai untuk memangkin serta menzahirkan minat serta bakat terpendam/sedia ada anda.

 Bagi mereka yang berjiwa pendekar dan sentiasa ingin mencabar diri, rebutlah peluang menyertai kejohanan ini (berpasukan IPT ataupun Open [terbuka] dengan mendaftar diri dengan pihak urusetia TAMING SARI V. Antara acara yang bakal dipertandingkan ialah silat seni dan silat olahraga. Manakala, bagi peminat dan penyokong sukan ini yang bukan merupakan pesilat atau atlet, anda dialu-alukan untuk memeriahkan lagi kejohanan ini di samping memberi sokongan kepada pasukan kegemaran anda (saya pastinya UKM varsiti tercinta, namun sokongan untuk pasukan-pasukan lain yang menyertainya sentiasa ditiupkan).  terdapat pelbagai pameran dan jualan menanti anda. Tuan, puan, abang, kakak, adik-adik comel, kehadiran anda semua menjadi satu sokongan kepada kelab kami dalam menguatkan lagi semangat untuk mengekalkan citra warisan seni, tradisi dan  pertahanan diri yang merupakan simbol kemegahan Nusantara. Jumpa anda di sana!!!

Silat Seni 

Tunggal (putera/puteri)
Ganda (putera/puteri)
Regu (putera/puteri)

Silat Olahraga

Kelas A (putera/puteri)
Kelab B (putera/puteri)
Kelas C (putera/puteri)
Kelas D (putera/puteri)
Kelas E (putera/puteri)
Kelas F (putera/puteri)
kelas G (putera)
Kelas H (putera)
Kelas I (putera)
Kelas J (putera)
kelas Open (putera)

Maklumat lanjut mengenai kejohanan ini :







Orang bersilat, kita pun nak bersilat, jangan cekelat, terhegeh-hegeh (diri sendiri juga ^_^ )







No comments:

Post a Comment