Friday 22 March 2013

Aku melihat pada dirinya, bukan parasnya

Aku melihat pada Dirinya, bukan parasnya.

Sama je kan maksud lahiriahnya kan. Dirinya juga merangkumi fizikal, Parasnya juga pastinya ternyata fizikal. Bagaimana caranya untuk aku terangkan kontradiknya. Ya, sepatutnya sebagai seorang muslim dan muslimah, dalam mencari jodoh, perkara utama yang perlu diletakkan adalah agamanya. Lebih-lebih lagi muslimah sepertiku. Jangan terkeliru ya, muslimah untuk maksudnya seorang wanita/ perempuan yang beragama Islam. Tak kiralah dia ustazah, wanita biasa dan yang sangat-sangat biasa, jika beragama Islam, sememangnya tergolong dalam muslimah. Selalu orang terkeliru konsep ni, pakai baju t-shirt labuh terus kata, "eh, dah berubah jadi ustazah ka pakai baju muslimah.. oooh pastinya tidak.. Sewajarnya wanita muslimah memang wajib pakai baju yang menepati KONSEP WANITA ISLAM (peringatan pada diriku yang masih lemah lagi).. Keimanan seorang wanita Islam bukan diukur pada bajunya, dan juga gelaran muslimahnya.. Wanita yang mencapai tahap ini selayaknya dipanggil Mukminah. Seorang wanita Islam yang beriman, solehah dan bertakwa. 

Berbalik pada statement aku pada permulaan tadi. Okey aku higlightkan semula "Aku melihat pada Dirinya, bukan parasnya". Sudah tentu semua tahu kan tujuan dan makna statement tersebut. Pastinya mengenai seseorang. Ya, ini memang menyatakan cara kita melihat seseorang atau pandangan dunia atau lebih kurang seperti weltanschauung http://en.wikipedia.org/wiki/World_view (aku bagi istilah yang saja aku nak matchingkan, bagi gempak sikit dengan istilah linguistik) tak kiralah lelaki atau perempuan. "Aku melihat pada Dirinya, bukan parasnya. Ya, aku menulis disebabkan pandanganku melihat seseorang pada dirinya (most of emosi lah pandangan ini). Kelihatan sama je kan maksudnya dengan paras. Tapi, paras dan diri ini hampir sama, mungkin nisbah 4:6 kot. Namun, dirinya ini merangkumi keseluruhan dirinya (kesatuan). 

Agama : aspek pertama. Sewajarnya sebagai wanita yang ingin mencari jodoh, ini ialah aspek paling penting. Tanpa agama, kita tidak akan dapat berpegang pada landasan hidup yang betul. Oleh itu, kenapa kita harus mencari seseorang yang tidak beragama jika mahu hidup bahagia di dunia dan di akhirat. Tapi, menyedari pada diri yang masih kekurangan, penuh dengan kesilapan masa lalu, banyak yang perlu dilaksanakan. Ingin membawanya bersama ke Jannah, tidak semudah itu. Allah akan membuat tapisan mereka yang berjaya membawa cinta mereka ke Jannah melalui kriteria-kriteria yang ketat. Didatangkan dengan ujian, hendak dapatkan pilihan yang baik, pasti ada jalan berduri yang perlu direntasi. Dalam merentas perjalanan itu, iman, pegangan, ketabahan dan kekuatan mental sangat diperlukan. Barulah MISI bersamanya ke Jannah itu berjaya digapai.

Statement tadi, =_=.. Sebenarnya, kekuatan cinta belum cukup untuk kita merasakan mampu membahagiakan dan membawanya bersama ke syurga. Cinta syurga ialah pengorbanan dari menjadi hamba hawa nafsu, kesetiaan, dan pengabdian dua orang insan untuk bersama mentaaati dan lebih mencintai PenciptaNya. Jika hanya menggunakan formula kesetiaan, pasti banyak cinta yang tercetus seperti cinta monyet, cinta platonik, mainan cinta, gurauan cinta dan ada apanya cinta. Penciptaan kepada pelbagai Fenomena Cinta. Lagi-lagi cinta paras. Paras boleh merangkumi wajah, gaya hidup, cara percakapan, harta benda dan keturunannya. Ya, lebih tepat, ini cinta nafsu dunia. Cinta sebegini tidak akan ke mana.

Berbalik pada statement tadi, aku melihat "Dirinya".. Dirinya ini merangkumi keseluruhan yang ada pada seseorang itu iaitu kesatuannya (agama+iman+mental+akhlak+ilmu+fizikal). Dirinya ini perlu diutamakan dalam pencarian jiwa pada masa kini. Begitu juga dengan pencarian oleh pemilik blog ini, iaitu aku.  Dugaan dalam pencarian tersangatlah menarik dan menyedihkan. Bila difikirkan, siapalah aku selayaknya untuk menggapai Dirinya ini. Sedangkan aku sendiri belum mencapai kesatuan itu. Tapi, aku masih mengharap pada Penciptaku. untuk memberiku peluang menggapainya. Keyakinanku, dengan adanya kesabaran, pengharapan, doa dan amal ibadah yang mengambil masa tertentu, pasti usahaku akan membuahkan hasil. Allah sentiasa Maha Mendengar hambanya yang sentiasa menyerah diri padaNYa. Hal ini membuatkan aku semakin berusaha sedaya upaya mencapai kesatuan itu, untuk mendapatkan Dirinya, YAKIN + SABAR+ USAHA DAN AMAL. Oleh itu, aku tidak boleh melebihkan cintaku pada "Dirinya". Sebaliknya, aku perlu meletakkan cinta teragungku pada Penciptaku yang Maha Kuasa.

Rumusannya, pendefinisian merapu ini sengaja ku tulis, agar sesiapa yang mengetahui dan sama merasai, yang juga menghadapi seperti ini, memahami apa yang kita cari. Carilah Dirinya, bukan parasnya. Aku masih mengharap, pada sebuah pengakhiran yang panjang. Hanya dengan takdir dan redha Allah, segalanya pasti terhijab.

#pandanganku...


PadaMu ku berserah dan bersujud....

No comments:

Post a Comment